Pages

Tuesday, December 21, 2010

Kursus Kejurulatihan Taekwondo-Poomsae

Semester baru dah mula, maka banyaklah kerja yang akan menimbun. untuk semester ini, aku dipilih menjadi head comm prep and tech untuk 17th IIUM Invitational Taekwondo Championship yang akan berlangsung pada 28, 29, dan 30 January 2011 bertempat di Cultural Activity Centre (CAC) IIUM Gombak. sebelum event ni start, minggu depan aku akan menghadiri Kursus Kejurulatihan Taekwondo untuk Poomsae Peringkat Universiti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). teruja jugak aku nak pergi kursus ni,dah dapat apa lagi, pergi je la, UIA bayar, kekekeke...

dan aku juga merancang untuk pergi ke State Referee Course, kononnya nak tambah pendapatan, hahaha. kelas pun 1 pun aku dah tak larat, ni nak jadi referee pulak tapi, tak pa la, berguna di masa hadapan nanti. dan juga Kursus Kejurulatihan Taekwondo yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara tapi umur 21 tahun baru boleh pergi...

Ermm...apa itu Poomsae? kalau nak tahu apa itu Poomsae, silakan Google di internet, banyak guna internet. aku letakkan satu gambar berkenaan dengan Poomsae dekat sini...

Friday, November 26, 2010

What was that, abang?

Assalammualaikum people. ha, new update again. waktu exam dah update so yang ni update lepas exam means FREEDOM lah, hehehe. Seperti biasa, bila dah cuti ni, macam macam la perkara hendak di buat contohnya outing, trip, vacation and etc. al maklumlah, cuti kan? ok, sepanjang sebulan ni aku tak buat apa apa, hanya besarkan perut dan habiskan beras kat rumah tapi alhamdulillah, ada la dapat sikit habuan walaupun cuti. seperti yang aku ceritakan pada post yang lepas, yang pasal trip ke Singapore tu, minggu depan yakni hari khamis malam jumaat kami akan bertolak, doakan keselamatan aku ketika perjalanan itu, jadi risau sebab kemalangan bas makin menjadi jadi. cukuplah pasal trip, aku nak beralih pada perkara lain pula

Ok, pada tanggal 26 November 2010, selepas solat Jummat di IIUM, aku dan rakan baikku, Hudzaifah Azman a.k.a twistedrelevations.blogspot.com owner telah merancang untuk menonton Harry Potter and The Deathly Hallows dan perancangan itu berjalan lancar. kalau nak tengok cerita ni, kena tengok from Sorcerer's Stone, baru faham jalan cerita, kalau tak membazir je duit korang. Selepas habis menonton wayang, kami pun berjalan di sekitar Wangsa Walk Mall tu dan aku dan Hudzaifah pergi ke tandas. this is the peak point bila aku keluar dari tandas, aku nampak seorang perempuan memakai skirt labuh tetapi kainnya yang bawah sekali tu terselit kat celah seluar dalamnya dan menyebabkan hampir ternampak seluar dalamnya. Aku dan Hudzaifah hanya mampu tahan gelak dan demi menjaga maruah perempuan tersebut, maka aku mengambil keputusan untuk menegur perempuan itu, dialognya macam ni:

"Sister, skirt you terselak"
"Ape dia bang?!"

"Skirt you terselak"
"Hah?! Oh my god (menutup muka sambil membetulkan skirt)


Then, ada seorang guys yang berjalan dengan perempuan tu bertanya kepada aku;


"what was that, bang?"
"skirt dia terselak"

dan dia tanya lagi;


"what was that,bang?"
"skirt dia terselak"

heh. dua dua melayu tapi speaking english, dia duduk london lama sangat kot. kalau ikutkan hati, aku biarkan je, biar rezeki datang melimpah kat aku tapi tak sampai hati so aku tegurlah. bagi perempuan perempuan di luar sana, cubalah pakaian yang menutup aurat sikit, pakai skirt mungkin senang untuk kau ke tandas tapi korang tak sedar bila dia terselit atau terselak. dan aku tahu kenapa korang suka pakai skirt, sebab free air? :P. tapi itulah kenyataan. so, beringatlah dan selamat beramal. :D

Saturday, November 13, 2010

AM STILL KICKIN' THE DUST!

AM STILL KICKIN' THE DUST!

STRIVE FOR FINAL!

BYE BYE MALAYSIA, WELCOME KEDAH AND SINGAPORE!

14TH NOVEMBER, THE END OF THE SEMESTER!

IIUM WELCOMES ME BACK ON 12TH OF DECEMBER!

GOOD LUCK

BYE BYE!

:D

CHEERS!

SALAM...

Tuesday, November 9, 2010

Tutupnya sebuah kalam yang lama, termeterai kalam yang baru.

Assalammualaikum

Nampaknya, penghujung semester telah pun tiba, dengan amannya. ini menandakan berakhirnya penderitaan yang di tanggung oleh sekalian pelajar di universiti. Assignment telah di hantar, kehadiran telah di ambil, peperiksaan telah di duduki dan segala macam jenis quiz telah pun di jawab. sesungguhnya, ketika mendengar perkataan CUTI, pelajar semua akan berasa gembira kerana, telah sampai pulang ke tanah lahir yang tercinta, duduk rumah goyang kaki, korek hidung dan menghabiskan beras.

dengan ini tertutupnya kalam yang lama dan akan terbuka kembali kalam yang baru. oleh kerana cuti, aku dengan bangganya merancang untuk menjejakkan kaki ke Singapura or Singapore dalam bahasa Inggerisnya (lebih kurang je, heh). Singapore merupakan negara pulau yang paling maju dalam Asia Tenggara dan di kenali sebagai Third World Country with First World Economy. Pembangunan yang pesat telah menduduki Singapura ini.
Contohnya;


Marina Bay Sands
Mercu Tanda Baru Singapura


Singapore F1 Track Circuit
Negara Pertama menganjurkan Perlumbaan waktu malam
dan negara kedua menggunakan jalan raya sebagai litar selepas Monte Carlo

harapnya, dapatku jejak kaki ke tanah Singapura, Insha'Allah.
Sekian
:D

Saturday, October 23, 2010

Pertemuan seorang Hamba Allah dengan Ustaz yang hebat ilmunya

Assalammualaikum semua.

Kita bertemu lagi di blog yang usang ini. untuk post kali ini, aku nak ceritakan tentang pertemuan seorang hamba Allah dengan seorang ustaz yang ternama di UIA. hendak berjumpa dengan ustaz ini bukan senang, dan hamba Allah ini rasa bertuah kerana dapat berjumpa, berkenalan dan berborak panjang hampir setiap hari membincangkan masalah ummah di zaman kontemporari ini. nama ustaz yang hebat ini ialah Ustaz Ismail Chong Abdullah atau nama asalnya, Chong Choon Chai dan semestinya,bila kita melihat namanya ini, kita tahu bahawa dia seorang muallaf Cina. Masha'Allah, aku rasa terpesona dengan cara dia menerangkan sesuatu hukum dan hubungkan dengan manusia.

dan aku jugak dapat melihat keikhlasan dia berdakwah kepada semua orang. ustaz ini ingat hadith dan ayat Qur'an. menjadi satu keistimewaan bagiku kerana dapat berjumpa dengan dia setiap hari dan aku menjadi tidak tentu arah jika terlepas tazkirah kerana dia ada caranya tersendiri dalam menegur orang dan bersahabat dengan orang itu. senang kata, dengan orang yang brutal pun dia bole join, ini dai'e yang kita mahu, memahami jiwa setiap insan dan tahu cara untuk approach. aku rasa cukuplah sampai di sini aku menulis tentang ustaz ini. kita berjumpa lagi.

Assalammualaikum.

Thursday, August 19, 2010

This Thing Called L.I.F.E

keadaan yang bosan telah mengajak aku untuk mencoret lagi di dalam blog usang ini. setelah sekian lama aku melihat, memerhati,menganalisis, barulah tergerak hati untuk mencoret suatu kalam bekenaan siyasah atau politik di blog tercinta ini.

barangkali semua sudah tahu apa sudah terjadi kepada politik di negara kita ini,NegaraKu, Malaysia. Seperti yang kita tahu, baru baru ini kita dikejutkan dengan sebuah berita tentang 'Perlembagaan Baru' untuk menggantikan 'Perlembagaan Persekutuan'. bak kata Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, katanya dia mengetahui siapa dalangnya yang mengetuai pembikinan 'Perlembagaan Baru' ini. tetapi pada sudut pandangan saya yang lain, benda ini hanyalah gimik politik dan mungkin sesuatu benda yang serius tetapi kita tak boleh terima bulat bulat apa yang ditulis, kita harus mencari yang HAK. aku tidak mahu berceloteh panjang tentang politik dalam blog ini kerana aku lebih suka cara FACE to FACE untuk kita berdiskusi tentang politik,bukan berdebat tentangnya.

yang terakhir, Hak MELAYU dan ISLAM haruslah dipelihara kerana tanpanya, tidak hidup WARGA MELAYU di tanah Malaysia ini. pada aku, kedua parti yang berlainan ideologi ini, telah tiba masanya untuk berpadu tenaga membentuk Kerajaan Perpaduan yang merangkumi MELAYU dan ISLAM dan harus ingat bahawa MELAYU ITU ISLAM, ISLAM ITU MELAYU! tidak boleh dipisahkan lagi terma. cukup sudah kalam usang ini di coret,jika ada apa apa yang mahu dibincangkan lagi, boleh la drop by dekat comment box saya,

Terima Kasih.

Friday, July 30, 2010

IIUM Gombak punya cerita!

dah dekat sebulan aku dekat UIA Gombak, and truthfully, memang best, macam macam ada, padahal selalju aku masuk sini, patotnya aku dah muak, dah sememangnya aku dah muak. so bila masuk uia gombak ni, aku saja saja jadi bodoh dan tak tahu apa apa pasal uia, padahal petik jari semua orang aku kenal kat tapi kenalah kaver. by the way, alhamdulillah aku dapat jadi second liner untuk University Team untuk Sukan Taekwondo, syukur kepada Allah, dapat jugak la aku bawak balik pingat yang tak seberapa kepada IIUM. so nampaknya aku kena maintain performance untuk stay dalam team, and of course bila dalam team, elaun dapat, equipment dapat dan yang paling best,tak payah bayar yuran langsung! HAHAHA, for sure aku nak participate semua event dalam Malaysia.

secondly, tetiba aku tersangkut dengan teater kat IIUM, hahaha, baru masuk dah dapat berlakon teater. berbekalkan pengalaman aku berlakon drama dekat sekolah selama setahun, harap harap dapat lah aku menjayakan watak aku dengan berkesan sekali, dah lah kena bawak watak Bapak, mak aih, kena bagi advice kat anak anak dia, HAHAHA

for the record, ini adalah past event yang aku masuk, saje je nak letak kat sini, hehehe

16th IIUM Open Taekwondo Championship - Bronze (Sparring)
2nd UMS Taekwondo Open Sabah - Silver (Sparring)
2nd INTECH Invitational Taekwondo Tournament - Silver (Sparring)
MASUM Games 2010 Phase 2 - Bronze (Poomsae)
2nd USM-Kelantan Taekwondo Open - Silver (Sparring)

Upcoming Event:

Selection Malaysia (think of it, maybe go or not)
Gewinn Tournament (ongoing, next week)
and coming soon tournament will be post

Saturday, July 10, 2010

Laptop Promotion

LAPTOP Promotion!

dengan serendah RM1000, anda boleh memiliki laptop kegemaran anda seperti Acer, Asus, Compaq, Lenovo dan brand terkenal yg lain, jika sesiapa berminat, boleh la menghubungi saya di 0133069216

Monday, June 28, 2010

Hassan Sani a.k.a Lipas Kudung

salam semua, terasa nak update blog pulak, sebab tengah World Cup
so, sedang World Cup ni, aku nak korang kenal siapa player Malaysia dulu.

Hassan Sani a.k.a Lipas Kudung

Nama yang cukup gah di persadanya sendiri, berdiri bersama Santokh Singh, James Wong, Dato' Soh Chin Aun dan Arwah Mokhtar Dahari. mereka ini mempunyai nickname mereka sendiri

Hassan Sani : Lipas Kudung
Santokh Singh : Bulldozer
James Wong : King James

macam mana aku boleh kenal dengan Hassan Sani ni? bukan melalui Iklan Maxis tu, tetapi melalui ayah aku yang melalui zaman kegemilangan bola sepak Malaysia. Ayah aku selalu ceritakan kehebatan Malaysia suatu ketika dahulu sehingga Korea Selatan tunduk kepada Harimau Malaya suatu ketika dahulu. Iklan Maxis itu mengingatkan kembali detik kemenangan Malaysia menumpaskan Korea Selatan dengan gol terakhir dari King James menerima hantaran dari Hassan Sani

ini adalah quote dari pengulas sukan ketika final kelayakan Olimpik

"dapat kepada Hassan.....
masih lagi Hassan....
CUCUK Hassan!
Hassan....!
Jung Jung pula...
kepada James....peluang untuk James!
GOAAAAAAL!
Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik!"

dan juga, aku sertakan video dengan audio commentator


aku berasa cukup berbangga dengan pemain dahulu kerana mereka menunjukkan komitmen kepada pasukan dan bermain sebagai pasukan, bukan perseorangan. Hassan Sani berkata: " ada orang tanya, kenapa saya tak skor goal tersebut? kami bermain bukan untuk tunjuk kebolehan masing masing,kami bermain SATU PASUKAN"
renung renungkanlah kata kata dari Hassan Sani, semoga menjadi pemangkin kepada pasukan bola sepak Malaysia, majulah bola sepak untuk Malaysia!

Sunday, May 30, 2010

MASUM ends well...

that's it,MASUM ended...
IIUM brought back 2 Gold and 6 Bronze...
that's it, thank you.

Tuesday, May 18, 2010

Menonggeng!us

kali ini aku nak post pasal MASUM Games yang akan berlangsung minggu depan. tengah elok elok aku training, boleh la pulak injured, and memang pedih gila sampai rasa down gila and sampai terkeluar perkataan yang tak patut di perkatakan di hadapan coach. silap aku juga sebab cakap macam tu tapi bila dah sakit, semua terkeluar. dan memang kebetulan gila, ada saingan foreigner yang datang last minute, memang geram gila aku. dah la baru turun training, tup tap aku kena compete dengan dia untuk selection MASUM ini.

2 bulan aku training macam tak ada makna langsung dan penat, duit, and semua la,terbuang macam itu je, and masa tu aku rasa macam noob gila. kalau nak perform, datang la training, show your face and committed to your training. dah la buat hal masa nak pergi Sabah, aku jugak yang tolong replace. bila call tak nak pulak angkat, dah menyusahkan orang, sekarang ni kau nak menyusahkan aku pulak, penat penat aku training and aku injured, elok elok je kau datang tunjuk muka and perfrom gila babi

kalau macam itu bole cerita la, aku tengah injured then kau perform kan? memang sial betol! senang la kau nak main kalau every time aku injured. tapi mak aku ada cakap, bila tak dapat main MASUM, is not the end of the world yet. kalau macam ni, baik aku tolong cikgu lagi bagus, bukak kelas banyak banyak and kaut duit, daripada aku training then tak terpilih sebab baru datang tu yang terpilih. suka hati korang la nak buat apa pun, sikap adil la sikit...tercalar imej, dignity and pride aku tahu tak?! tahi tahi tahi!

Monday, May 10, 2010

Ip Man 2

salam semua, kali ini post terbaru aku ialah pasal Ip Man 2 yang dibintangi oleh Donnie Yen, of course he damn good. untuk pengetahuan korang semua, Ip Man 2 aku dah tengok 2 kali, sekali dengan Hudzaifah, pemilik blog twistedrelevations.blogspot.com dan sekali lagi dengan parents aku. and movie Ip Man 2 kali ini memang awesome dan terbaik, compare yang Ip Man 1, kurang sedikit sebab ada Sino Japanese occupation tapi scene lawan yang last tu memang awesome.

dalam Ip Man 2 ini, ia mengisahkan tentang perpindahan Ip Man dan keluarga di Hong Kong. ketika beliau di Hong Kong, dia terpaksa survive dengan menubuhkan Martial Art Club dengan tujuan mengembangkan Kung Fu Wing Chun dan mencari pendapatan. tetapi dia mempunyai masalah kerana ketika itu British Occupation pula melanda selepas Jepun.

aku malas nak cerita panjang panjang, kat sini aku bagi link, www.ipman2-movie.com dan di sini korang boleh tahu latar belakang cerita ini, siap dengan trailer and cast plus wallpaper download
last but not least, korang pergilah tengok movie ini kat panggung wayang terdekat dan tak rugi habis sikit duit itu, worth watching, even Hudzaifah pemilik blog twistedrelevations.blogspot.com mula mula tak nak tengok movie ini, at last dia bagi rate 15 bintang untuk movie,so takkan tak nak tengok? depends on you now, ok mate, got to go,salam!

Monday, April 26, 2010

Band Metal-Kalmah


salam, kali ini post aku ialah mengenai sebuah band metal dari Finland. and untuk pengetahuan semua, kalau band band dari Finland, jangan harap la korang nak tengok darah banyak banyak sebab diorang ni tak makan darah, putih melepak macam salji kulit diorang ni.

so,tak payah la aku sebut nama band ini, kat atas dah tulis. band ini nama dia KALMAH and berasal dari Oulo, Finland. maksud KALMAH ini ialah 'to the grave' atau 'to the death'. dalam bahasa Melayunya, ke kubur atau ke mati, macam itu kot bunyi dia? so, band ini member aku yang kenalkan, nama dia Hudzaifah, korang boleh tengok kat followers aku, walaupun aku sedar followers aku tak ramai sangat sebab aku selalu tulis merepek je dalam blog ni,hahaha

aku tak nak cerita panjang pasal band ini, better korang bukak kat youtube dan dengar sendiri and trust me, aku dengar sekali pun dah menambat hati aku. see you again! :D

Wednesday, April 21, 2010

Cawan Nampak Penuh Tapi...


salam semua,hari ini aku ingin post satu benda yang bermanfaat untuk semua. untuk pengetahuan semua,benda di bawah ini adalah yang selalu digunakan oleh ahli politik untk menjatuhkan ahli politik yang lain. so, sila lah baca post di bawah ini. harap maaf, post kali ini dalam English, so aku harap korang tak kisah, ok? sorry, and have fun with this new knowledge.

Fallacies of Relevance

1. Personal Attack (Ad Hominem)

This fallacy occurs when a claim or argumentist rejected by attacking the person character or attitude rather than the person's claim or argument. Most personal attacks follow the pattern:

1. X is a bad person.

2. Therefore X's argument must be bad.

dalam bahasa Melayunya, seseorang itu tidak menyerang pendapatnya tetapi menyerang karakter dan sikap orang itu.

contohnya; 1. A itu jahat

2. Maka pendapat A itu mestilah teruk

setakat faham kan apa yang diperkatakan? ok, faham bagos!


2. Attacking the Motive

This fallacy occurs when an arguer Criticizes a person's motivation for offering a particular argument or claim, rather than examining the worth of the argument or claim itself. Attacking the Motive follows the pattern:

1. X is biased or has questionable motives.

2. X's argument or claim should be rejected.

maksudnya, bila X itu berat sebelah dan menimbulkan persoalan motif maka hujah X harus tidak diterima. simple as this;

1. X itu berat sebelah dan menimbulkan persoalan motif

2. maka, hujah X harus tidak diterima.


3. Look Who's Talking (Tu Quoque)

When an arguer rejects another person's argument or claim because that person fails to practice what he or she preaches. Tu Quoque follows the pattern:

1. X fails to follow his or her own advice.

2. Therefore, X's claim or argument should be rejected.

maksudnya, mempersoalkan kredibiliti seseorang itu kerana dia hipokrit. contohnya;

Dr. Abu: Ali, awak kena berhenti merokok...

Ali: Cakap tak serupa bikin! Doktor berhenti baru saya berhenti...

setakat ini faham penjelasan dalam bahasa Melayu? faham, ok.

ok, selesai sudah part 1, akan ada lagi Fallacies yang mendatang, see you again!



Friday, April 2, 2010

6th UMS Taekwondo Open Sabah

pada 19 March 2010,aku telah menyertai Kejohanan Taekwondo Terbuka Sabah IPTA/S yang berlangsung selama 2 hari di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Aku mewakili team UIA of course,heh! kami berlepas pada hari Khamis pada pukul 4.00 petang di Terminal LCC di KLIA Sepang. yang tak sangkanya,aku ni replace orang sebab orang tu ada problem dengan exam dia, memang damn it betol dia ni. sesampai kami di Lapangan Terbang LCC KLIA,ada problem tiket. probsnye adalah,aku tak boleh naik kapal terbang sebab nama tak replace lagi, so sepatutnya kena replace 6 jam sebelum departure tapi tak sempat kerana orang yang aku replace tu tak dapat dihubungi, memang perit. waktu tu,aku macam nak menangis sebab tak dapat fly ke Sabah and fortunately agen pernerbangan yang uruskan pernerbangan kami kenal pegawai AirAsia dan alhamdulillah,dapat jugak tukar nama dan berlepas ke Sabah, terima kasih Lahazan Travel and Tours.

okay next,time to depart! of course aku excited gila sebab 1st time naik kapal terbang. seumur hidup aku tak pernah naik and this is the first time ever. alhamdulillah kami selamat sampai di KKIA or Kota Kinabalu International Airport di Terminal 2. Setelah menjejakkan kaki di bumi Sabah,kami telah disambut oleh Pegawai Sukan kami iaitu, Kak Shuzana dan Bro Jerry Abdullah dari agen travel kami. kami ditempatkan di Lavender Lodge sekitar Bandar Kota Kinabalu selama 5 hari. sesudah sampai,kami pun merehatkan badan kami dan menikmati makan malam di sekitar bandar itu.

keesokkan harinya,tibalah saat kemuncak iaitu timbang berat atau bahasa yang senang weight in. masa check, semua berat berat belaka sampai ada yang kena turun dan ada jugak yang tak cukup berat sampai kena tambah berat,hahaha. selesai weight in,kami lunch di UMS Kampung E. untuk pengetahuan semua,di UMS tidak digunakan istilah KULLIYAH dan KOLEJ tetapi ditukar kepada SEKOLAH dan KAMPUNG. bila aku tengok kat signboard,nak tergelak pun ada tapi nak buat macam mana,dah itu mereka guna, tak boleh la nak tukar. selepas lunch, team UIA lelaki ada plan lain yang hebat. ketika menunggu team UIA perempuan bersolat, kami melakukan photoshoot di sekitar Kantin UMS itu dan pemandangan di situ sungguh cantik. bermacam macam gaya yang dipamerkan ketika photoshoot itu,contohnya backflip, jumping sidekick, turning kick 180 degrees wide and many more.

ok next,malas nak cerita panjang panjang,sampai subuh hari ke 5 pun tak akan habis. kejohanan bermula pada hari sabtu dimulai dengan kategori FIN,FLY,WELTER,MIDDLE and FEATHER. selebihnya pada hari ahad. Alhamdulillah, UIA membawa pulang 3 Emas, 2 Perak dan 3 Gangsa sekaligus melayakkan kami menjadi 2nd Overall dalam kejohanan itu. wang kemenangan yang diperolehi ialah sebanyak RM500 tetapi 7 jam berikutnya,dihabiskan untuk meraikan kemenangan kami pada hari itu.

telah sampai hari terakhir kami di Sabah. pada pagi itu, kami plan ke Pasar Filipina untuk membeli sedikit cenderahati untuk Semenanjung dan sesudah beli,kami pun berlepas ke KKIA untuk kembali ke Semenanjung. Alhamdulillah selamat sampai Semenanjung. pengalaman yang dialami memang indah bersama mereka ini. ehem ehem,masa kat Sabah, aku ada skandal, hehehe,jangan marah......

Wednesday, February 24, 2010

Khalifah Merdeka

Khalifah Merdeka by Muadz



Kita khalifah
Kita merdeka
Laungkan bersama
“kita merdeka”

Fikirkan apa kita lakukan

Telah sujud para malaikat
Kita junjung sabda RASULULLAH

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ
فَإنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَالِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَان

(Hadis Bukhari: 2264)

اُنْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا
قَالُوا يَا رَسُولَ الله هذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا
قَالَ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ

KHALIFAH! KHALIFAH! LAUNGKAN MERDEKA!
KHALIFAH! KHALIFAH! LAUNGKAN MERDEKA

Kecutian melanda...




oh yeah,periksa sudah habis, fokus untuk benda yang tertentu je iaitu, Taekwondo and kerja. ya, itu lah yg dilakukan ketika cuti ini, menghabiskan masa dengan 2 benda itu saja. by the way, 2 hari lepas ayah aku kenalkan 1 benda yang intresting, mula mula aku tak nak main benda tu, but last last dia pandai pujuk, aku pun masuk la.

Nak taw apa benda tu? Forex trading! damn, benda ni profit, memang betul betul profit. aku dan ayah aku test main and tips dia tak boleh main selalu, nanti jadi ta'asub dan addict. so, sekarang tengah practice and tunggu nak masuk duit. semua benda ni akan di monitor oleh ayah aku sebab dia seorang broker, trader and bank officer sebelum ni and i put my trust on him, oh yeah! he is the best in this field!

hurm,ada lagi 1 perkara,nak introduce kat korg satu band dan artist ni,
band ni nama dia Al Gebra bawah kelolaan Xifu Naser dan Dr.MAZA (Mohd Asri Zainal Abidin) and Muadz dibawah kelolaan yang sama. FYI, Xifu Naser terkenal sebagai komposer lagu lagu hadith dan semua lagunya berunsurkan hadith dari Sahih Bukhari, Tirmdhi dan Abu Daud. lagu lagu ini memberikan 1 ketenangan kepada ku dan kelebihan lagu lagu ini ialah, ia berdasarkan hadith dan secara tak langsung, akan terhafal sendiri hadith yang berada dalam lagu ini. alhamdulillah, ketika mendengar lagu ini, ada sesetengah hadith telah dihafal dan yang menariknya band dan artis ini, mereka menggunakan pendekatan muzik yang berlainan.

selalunya kita mendengar pendekatan yang biasa digunakan iaitu, gendang, muzik yang biasa kita dengar bila dengar nasyid. tetapi ternyata genre muzik yang dibawa oleh mereka ini berbeza dan menggunakan elemen rock, tradisional dan yang unbelievable, ada jugak elemen hip hop dan rap dalam album ni. ini mmg satu kejutan dalam dunia nasyeed dan aku berharap bahawa mereka ini terus kukuh dalam arena nasyeed ini, Insya'Allah

and FYI,Xifu Naser is one of my lecturer at CFSIIUM Nilai, he is my Creative and Critical Thinking lecturer and im quoting from him this word; "Disaster" hahaha. it's a pleasure to meet him, so funny yet so high in knowledge and humble also. See you agaian Xifu, when we have time and life, Insya'Allah...

Monday, January 4, 2010

Malas

aku malas sikit nak update blog, so ni la latest update aku, sori sibuk macam macam, last sem
bye...