Pages

Friday, April 2, 2010

6th UMS Taekwondo Open Sabah

pada 19 March 2010,aku telah menyertai Kejohanan Taekwondo Terbuka Sabah IPTA/S yang berlangsung selama 2 hari di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Aku mewakili team UIA of course,heh! kami berlepas pada hari Khamis pada pukul 4.00 petang di Terminal LCC di KLIA Sepang. yang tak sangkanya,aku ni replace orang sebab orang tu ada problem dengan exam dia, memang damn it betol dia ni. sesampai kami di Lapangan Terbang LCC KLIA,ada problem tiket. probsnye adalah,aku tak boleh naik kapal terbang sebab nama tak replace lagi, so sepatutnya kena replace 6 jam sebelum departure tapi tak sempat kerana orang yang aku replace tu tak dapat dihubungi, memang perit. waktu tu,aku macam nak menangis sebab tak dapat fly ke Sabah and fortunately agen pernerbangan yang uruskan pernerbangan kami kenal pegawai AirAsia dan alhamdulillah,dapat jugak tukar nama dan berlepas ke Sabah, terima kasih Lahazan Travel and Tours.

okay next,time to depart! of course aku excited gila sebab 1st time naik kapal terbang. seumur hidup aku tak pernah naik and this is the first time ever. alhamdulillah kami selamat sampai di KKIA or Kota Kinabalu International Airport di Terminal 2. Setelah menjejakkan kaki di bumi Sabah,kami telah disambut oleh Pegawai Sukan kami iaitu, Kak Shuzana dan Bro Jerry Abdullah dari agen travel kami. kami ditempatkan di Lavender Lodge sekitar Bandar Kota Kinabalu selama 5 hari. sesudah sampai,kami pun merehatkan badan kami dan menikmati makan malam di sekitar bandar itu.

keesokkan harinya,tibalah saat kemuncak iaitu timbang berat atau bahasa yang senang weight in. masa check, semua berat berat belaka sampai ada yang kena turun dan ada jugak yang tak cukup berat sampai kena tambah berat,hahaha. selesai weight in,kami lunch di UMS Kampung E. untuk pengetahuan semua,di UMS tidak digunakan istilah KULLIYAH dan KOLEJ tetapi ditukar kepada SEKOLAH dan KAMPUNG. bila aku tengok kat signboard,nak tergelak pun ada tapi nak buat macam mana,dah itu mereka guna, tak boleh la nak tukar. selepas lunch, team UIA lelaki ada plan lain yang hebat. ketika menunggu team UIA perempuan bersolat, kami melakukan photoshoot di sekitar Kantin UMS itu dan pemandangan di situ sungguh cantik. bermacam macam gaya yang dipamerkan ketika photoshoot itu,contohnya backflip, jumping sidekick, turning kick 180 degrees wide and many more.

ok next,malas nak cerita panjang panjang,sampai subuh hari ke 5 pun tak akan habis. kejohanan bermula pada hari sabtu dimulai dengan kategori FIN,FLY,WELTER,MIDDLE and FEATHER. selebihnya pada hari ahad. Alhamdulillah, UIA membawa pulang 3 Emas, 2 Perak dan 3 Gangsa sekaligus melayakkan kami menjadi 2nd Overall dalam kejohanan itu. wang kemenangan yang diperolehi ialah sebanyak RM500 tetapi 7 jam berikutnya,dihabiskan untuk meraikan kemenangan kami pada hari itu.

telah sampai hari terakhir kami di Sabah. pada pagi itu, kami plan ke Pasar Filipina untuk membeli sedikit cenderahati untuk Semenanjung dan sesudah beli,kami pun berlepas ke KKIA untuk kembali ke Semenanjung. Alhamdulillah selamat sampai Semenanjung. pengalaman yang dialami memang indah bersama mereka ini. ehem ehem,masa kat Sabah, aku ada skandal, hehehe,jangan marah......

No comments: