Pages

Friday, November 26, 2010

What was that, abang?

Assalammualaikum people. ha, new update again. waktu exam dah update so yang ni update lepas exam means FREEDOM lah, hehehe. Seperti biasa, bila dah cuti ni, macam macam la perkara hendak di buat contohnya outing, trip, vacation and etc. al maklumlah, cuti kan? ok, sepanjang sebulan ni aku tak buat apa apa, hanya besarkan perut dan habiskan beras kat rumah tapi alhamdulillah, ada la dapat sikit habuan walaupun cuti. seperti yang aku ceritakan pada post yang lepas, yang pasal trip ke Singapore tu, minggu depan yakni hari khamis malam jumaat kami akan bertolak, doakan keselamatan aku ketika perjalanan itu, jadi risau sebab kemalangan bas makin menjadi jadi. cukuplah pasal trip, aku nak beralih pada perkara lain pula

Ok, pada tanggal 26 November 2010, selepas solat Jummat di IIUM, aku dan rakan baikku, Hudzaifah Azman a.k.a twistedrelevations.blogspot.com owner telah merancang untuk menonton Harry Potter and The Deathly Hallows dan perancangan itu berjalan lancar. kalau nak tengok cerita ni, kena tengok from Sorcerer's Stone, baru faham jalan cerita, kalau tak membazir je duit korang. Selepas habis menonton wayang, kami pun berjalan di sekitar Wangsa Walk Mall tu dan aku dan Hudzaifah pergi ke tandas. this is the peak point bila aku keluar dari tandas, aku nampak seorang perempuan memakai skirt labuh tetapi kainnya yang bawah sekali tu terselit kat celah seluar dalamnya dan menyebabkan hampir ternampak seluar dalamnya. Aku dan Hudzaifah hanya mampu tahan gelak dan demi menjaga maruah perempuan tersebut, maka aku mengambil keputusan untuk menegur perempuan itu, dialognya macam ni:

"Sister, skirt you terselak"
"Ape dia bang?!"

"Skirt you terselak"
"Hah?! Oh my god (menutup muka sambil membetulkan skirt)


Then, ada seorang guys yang berjalan dengan perempuan tu bertanya kepada aku;


"what was that, bang?"
"skirt dia terselak"

dan dia tanya lagi;


"what was that,bang?"
"skirt dia terselak"

heh. dua dua melayu tapi speaking english, dia duduk london lama sangat kot. kalau ikutkan hati, aku biarkan je, biar rezeki datang melimpah kat aku tapi tak sampai hati so aku tegurlah. bagi perempuan perempuan di luar sana, cubalah pakaian yang menutup aurat sikit, pakai skirt mungkin senang untuk kau ke tandas tapi korang tak sedar bila dia terselit atau terselak. dan aku tahu kenapa korang suka pakai skirt, sebab free air? :P. tapi itulah kenyataan. so, beringatlah dan selamat beramal. :D

No comments: