Pages

Monday, June 28, 2010

Hassan Sani a.k.a Lipas Kudung

salam semua, terasa nak update blog pulak, sebab tengah World Cup
so, sedang World Cup ni, aku nak korang kenal siapa player Malaysia dulu.

Hassan Sani a.k.a Lipas Kudung

Nama yang cukup gah di persadanya sendiri, berdiri bersama Santokh Singh, James Wong, Dato' Soh Chin Aun dan Arwah Mokhtar Dahari. mereka ini mempunyai nickname mereka sendiri

Hassan Sani : Lipas Kudung
Santokh Singh : Bulldozer
James Wong : King James

macam mana aku boleh kenal dengan Hassan Sani ni? bukan melalui Iklan Maxis tu, tetapi melalui ayah aku yang melalui zaman kegemilangan bola sepak Malaysia. Ayah aku selalu ceritakan kehebatan Malaysia suatu ketika dahulu sehingga Korea Selatan tunduk kepada Harimau Malaya suatu ketika dahulu. Iklan Maxis itu mengingatkan kembali detik kemenangan Malaysia menumpaskan Korea Selatan dengan gol terakhir dari King James menerima hantaran dari Hassan Sani

ini adalah quote dari pengulas sukan ketika final kelayakan Olimpik

"dapat kepada Hassan.....
masih lagi Hassan....
CUCUK Hassan!
Hassan....!
Jung Jung pula...
kepada James....peluang untuk James!
GOAAAAAAL!
Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik!"

dan juga, aku sertakan video dengan audio commentator


aku berasa cukup berbangga dengan pemain dahulu kerana mereka menunjukkan komitmen kepada pasukan dan bermain sebagai pasukan, bukan perseorangan. Hassan Sani berkata: " ada orang tanya, kenapa saya tak skor goal tersebut? kami bermain bukan untuk tunjuk kebolehan masing masing,kami bermain SATU PASUKAN"
renung renungkanlah kata kata dari Hassan Sani, semoga menjadi pemangkin kepada pasukan bola sepak Malaysia, majulah bola sepak untuk Malaysia!

No comments: