Pages

Thursday, October 22, 2009

Few Days Left!

ya, bertemu lagi dalam blog yang indah ini, ok kali ni aku nak post pasal hari hari terakhir utk cuti, wargh, rase sekejap sangat cuti, member matriks kerajaan baru cuti, tak sempat nak bercuti dengan mereka. sewaktu cuti ini, macam macam la aku buat, keje la, taekwondo la, jage event la and many more. time cuti ni jugak la aku keluar ngan Afeeq and Pidot, tu jelah kekasih lelaki ku yang sanggup temankan aku, tengok wayang,dan memacam lagi, thanx bro, korang antara member terbaik aku, aku sayang giler kat korang, hahaha! KAMI BUKAN GAY!

ok, next, hanye tinggal beberapa hari saja lagi utk kami habiskan cuti ini, hari ahad isnin nak kene masuk dah, kelas dah nak stat, assigment akan jadi banyak, exam menjelang tiba. tapi sedehnye, pointer aku sikit je, hanye dapat 2.609 je, huhuhu, aku target at least 3.0 tapi itu je la yang aku mampu buat, tanpa usaha tidak akan berjaya
so, for the next sem, aku dah tak nak memain lagi, aku nak fokus bagi bole dapat 3.0 pointer;at least. ok la, sampai disini saja yg ingin aku coretkan, salam

Tuesday, October 13, 2009

Kemenangan BN di Bagan Pinang

ok, kali ni post aku pasal politik, korang cari la kat label negaraku. ok, mari kita bincang pasal pasca pilihan raya Bagan Pinang, telah sedia maklum bahawa BN telah menang di Bagan Pinang oleh Tan Sri Samad tapi sebelum itu, bukankah TS Isa Samad ade disabitkan dengan kesalahah politik wang atau bahasa kasarnya, RASUAH? bagaimana beliau boleh lagi tercalon sebagai calon BN sedangkan beliau digantung keahlian UMNO selama 5 tahun? apa pendapat kepada pihak atasan UMNO? tetapi jika sudah rezeki, memang tak boleh nak cakap dan tahniah kepada BN

kepada PR, usaha harus dikukuhkan lagi, kerja keras harus dilakukan untuk menjamin kemenangan yang berganda. ini boleh dijadikan sebagai satu pengajaran dan tauladan kepada PR. hurm, bagi saya, Bagan Pinang adalah kubu UMNO seperti kubu PKR di Permatang Pauh. sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada BN kerana telah menang di Bagan Pinang dan selamat beramal!

Sunday, October 11, 2009

PAPADOM!



ha, post terbaru aku, rakan rakan marilah tengok PAPADOM, cerita ini mengisahkan pengorbanan ayah kepada anaknya selepas isterinya mati dalam kemalangan dan usaha seorang ayah untuk hidup senang dan memberi kebahagiaan kepada anaknya walaupun anaknya tidak sedar. Cerita penuh dengan gelak tawa, emosi dan macam lagi. Intro cerita ni pun dah lawak tergelak nak pecah perot!

nanti bila tengok cerita ni, dengar la punchline yang terbaik dari hasil karya Afdlin Shauki! pastikan semua anda melihat filem, cerita ni aku bagi 5 star full!

Wednesday, October 7, 2009

Cuti cuti

tepat habis speaking test, terus aku berdesup balik ke rumah. hahaha, best dapat balik, dapat jumpe member seperjuangan. erm, next, bile dah cuti, kene la ade duit betol x? nasib baek la ade kerja time cuti ni, kerja ngan mak aku, bapak aku, bertuah aku, huhuhu

daripada duduk melepak tak tentu hala, baik cari duit lagi bagos kan? nak melepak tak kisah asal ingat rumah, ingat mak bapak sudah, hurm, cukupla yang dicoret hari ni,nak keep blog ni update bukan senang, 1 blog nak maintain susah wo! :D

ok la frens,chiao!