Pages

Tuesday, November 9, 2010

Tutupnya sebuah kalam yang lama, termeterai kalam yang baru.

Assalammualaikum

Nampaknya, penghujung semester telah pun tiba, dengan amannya. ini menandakan berakhirnya penderitaan yang di tanggung oleh sekalian pelajar di universiti. Assignment telah di hantar, kehadiran telah di ambil, peperiksaan telah di duduki dan segala macam jenis quiz telah pun di jawab. sesungguhnya, ketika mendengar perkataan CUTI, pelajar semua akan berasa gembira kerana, telah sampai pulang ke tanah lahir yang tercinta, duduk rumah goyang kaki, korek hidung dan menghabiskan beras.

dengan ini tertutupnya kalam yang lama dan akan terbuka kembali kalam yang baru. oleh kerana cuti, aku dengan bangganya merancang untuk menjejakkan kaki ke Singapura or Singapore dalam bahasa Inggerisnya (lebih kurang je, heh). Singapore merupakan negara pulau yang paling maju dalam Asia Tenggara dan di kenali sebagai Third World Country with First World Economy. Pembangunan yang pesat telah menduduki Singapura ini.
Contohnya;


Marina Bay Sands
Mercu Tanda Baru Singapura


Singapore F1 Track Circuit
Negara Pertama menganjurkan Perlumbaan waktu malam
dan negara kedua menggunakan jalan raya sebagai litar selepas Monte Carlo

harapnya, dapatku jejak kaki ke tanah Singapura, Insha'Allah.
Sekian
:D

1 comment:

cely said...

pgi la universal studio! bestt! XD