Pages

Saturday, October 23, 2010

Pertemuan seorang Hamba Allah dengan Ustaz yang hebat ilmunya

Assalammualaikum semua.

Kita bertemu lagi di blog yang usang ini. untuk post kali ini, aku nak ceritakan tentang pertemuan seorang hamba Allah dengan seorang ustaz yang ternama di UIA. hendak berjumpa dengan ustaz ini bukan senang, dan hamba Allah ini rasa bertuah kerana dapat berjumpa, berkenalan dan berborak panjang hampir setiap hari membincangkan masalah ummah di zaman kontemporari ini. nama ustaz yang hebat ini ialah Ustaz Ismail Chong Abdullah atau nama asalnya, Chong Choon Chai dan semestinya,bila kita melihat namanya ini, kita tahu bahawa dia seorang muallaf Cina. Masha'Allah, aku rasa terpesona dengan cara dia menerangkan sesuatu hukum dan hubungkan dengan manusia.

dan aku jugak dapat melihat keikhlasan dia berdakwah kepada semua orang. ustaz ini ingat hadith dan ayat Qur'an. menjadi satu keistimewaan bagiku kerana dapat berjumpa dengan dia setiap hari dan aku menjadi tidak tentu arah jika terlepas tazkirah kerana dia ada caranya tersendiri dalam menegur orang dan bersahabat dengan orang itu. senang kata, dengan orang yang brutal pun dia bole join, ini dai'e yang kita mahu, memahami jiwa setiap insan dan tahu cara untuk approach. aku rasa cukuplah sampai di sini aku menulis tentang ustaz ini. kita berjumpa lagi.

Assalammualaikum.