Pages

Tuesday, April 21, 2009

BeRADIKAL Sana Sini!

ya, hari ini pada tanggal 22 April 2009 bersamaan dengan, err...lpe lak
kau orang cari la sendiri, hehehehe xD
tepat pada pukul 8 pagi, aku dan Hood telah memulakan keRADIKALan kami di Institut Memandu SKEM atau nama panjangnya, Silap Korner Engkau Mati; bak kata Cikgu Hawa yang jaga motor kt SKEM

setelah sampai disana, kami bersarapan dahulu di kantin SKEM, ya makanannya sungguh enak dan berkhasiat. setelah habis bersarapan, kami memulakan latihan motor kami selama 1 jam di Litar SKEM yakni dalam fantasi kami, Litar Sepang! setelah habis berlatih, Hood dengan bangganya mengatakan;'Bro, aku sakit perut!' aduh, ketika itu, aku ada game badminton di Selayang Mall yakni dalam fantasi kami, Stadium Bukit Jalil!

setelah Hood berjaya melabur dengan banyak, kami meneruskan keRADIKALan kami di Selayang Mall. Yang sedang bermain badminton disana adalah Haziq;Team Manager RADIKAL, Herai-Sam; Bro Bulu, Kroll; Abang Kentut, Cuk; Hensem mcm Kacuk,Asyran; T1.26b, versi Terminator Malaysia tapi dalam pembinaan, Ikram; Tuan Pegawai IPD Gombak tapi yang tidak berkelayakan. Setelah sampai disana, kami telah memulakan perlawanan RADIKAL kami selama 3 jam tanpa henti, ya, sungguh best. Tepat pada pukul 1, kami telah habis perlawanan dan bercadang untuk makan di Ketapang, berhadapan Pasar Bintang tetapi malangnya, ia tutup. lalu kami berpakat ke Barakath Corner di rumah Hood. setelah sampai disana, kami memesan makanan lalu kami membuli Mamak dengan pesanan kami sampai kami pening apa yg kami order. Sepanjang makan itu, kami bercerita keRADIKALan sewaktu terikat dengan ajaran RADIKAL ini suatu masa dahulu. Kami masih mengamalkannya tapi hanya pada waktu tertentu. hahaha! selepas itu, RADIKAL diteruskan dirumah aku di Laksamana Puri, yakni sebuah Kondo yg mempunyai swimming pool. Setelah sampai disana, dengan bangganya, kami terjun ke dalam kolam yg indah lagi berseri dgn kulat haram! dgn ini telah tiba di penghujungnya, keRADIKAlan kami terhenti setelah semua orang kecut setelah berendam selama 45 minit di dlm kolam mandi, setelah itu, kami semua lepak dirumah aku sambil bertukar cerita yg hot dan baru

dgn ini;sekian,terima kasih

coretan tentang RADIKAL; created by Along ;author and owner of this blog

2 comments:

Along said...

ya, itu perut anda, bukan perut saya, saya oke saja! bhahaha!

Unknown said...

rase mcm nk join..
nasib aku muslimah..
hihih:)