Pages

Monday, December 22, 2008

RADIKAL di asrama

Based On a True Story.dipetik dari blog hood di twistedrelevations.blogspot.com

*Kandungan blog ini mungkin tidak sesuai untuk mereka-mereka yang menghidapi epilepsi, juga tidak sesuai untuk ibu mengandung.


*Baca mengikut budi bicara anda; dilarang sama sekali meniru aksi-aksi atau percakapan didalam post ini.


*ini merupakan kisah-kisah beberapa orang pelajar di mutiara gombak; bagaiman mereka dihalang dari kebenaran;dihimpit oleh penindasan dan disempitkan ruang untuk menegakkan keadilan di bumi tercinta kononnya.


Introduksi:



"Alamak,sudah 10 haribulan la", kata Bebeck kepada Afeeq. Afeeq sedang terpinga-pinga mencari jawapan apakah yang dimaksudkan dengan percakapan itu.."Oh ye,SPM!" maka Afeeq pun menukarkan buku G3 yang dibacanye kepada buku rujukan Konserto Terakhir.

kelihatan di bilik study beberapa orang pelajar-pelajar yang gigih sedang belajar,
kelihatan Hudzaifah di atas kerusi menghadap tingkap sambil mengunyah kacang;
tangannya sibuk memicit-memicit sesuatu. apakah?

terdengar suara jeritan, "Hoi!" rupa-rupanya Akif Khan datang menyapa Hudzaifah dari belakang, jeritan tersebut sangat kuat hinggakan beberapa orang pelajar asrama junior yang lain turut mencari punca jeritan tersebut. "OooHh! ni maen henset; bukan belajar!" sambung Akif, ketika itu juga tangannya menyapa poket seluar; mengeluarkan hensetnya pula sambil membalas mesej seseorang dilindungi oleh comforter beliau.

sudah menjadi tradisi bahawasanya ketika waktu peperiksaan SPM, pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Sungai Pusu akan menjadi tidak terkawal; henset merupakan perkara biasa dan dibawa oleh semua pelajar tingkatan 5 aspura. aspuri apatah lagi

ini semua kerana punca seseorang; iaitu Muhd Radikal; siapakah beliau?
misteri sungguh orangnya serta kelibatnya
datang membawa ajaran; kemudian menghilangkan diri. hurm..

kelihatan beberapa orang pelajar tingkatan 5 sudah tewas ; menidurkan diri masing-masing di dorm yang sangat indah, umpama kereta kontena.
kata salah seorang ahli dorm yang dirahsiakan namanya,"esok BM ngan Sejarah je; tak payah baca BM tuh, Sejarah memang aku fail, x payah la bacer", sambil menyambung buku komik ape tah.

Malam kian berganti pagi; kelihatan beberapa orang pelajar form 5 sedang menunaikan solat tahajud.(namanye dirahsiakan;takut die riak pulak :D) sambil membaca alQuran.

Tiba-tiba alarm henset seseorang berbunyi..kemudian disambung dengan pekikan beberapa orang pelajar, "HOIII, BANGUN! BANGUN! SPM!," jerit faez fikri kemudian disambung oleh Muhd Haziq, sambil mengeluarkan beberapa bahasa yang kurang dikenalpasti tetapi mungkin berasal dari dialek Jawa.

Keheningan pagi asrama dipecahkan dengan jeritan beberapa orang pelajar SPM,
"OHOIII, KITORANG NAK SPM NIH!!" "WAAARGHHH!" "SAHUR SAHUUUUR!" adalah beberapa jeritan menaikkan semangat yang diluahkan oleh beberapa orang pelajar SPM sebelum subuh tiba.

Setelah selesai solat di Surau Al-Radikal; maka mereka bersiap untuk pergi ke dewan sekolah..


Progresi..

hari pertama peperiksaan dilalui tanpa masalah; kecuali kedengaran beberapa keluhan manusia-manusia tertentu.

kemudian kami dipanggil oleh Encik Samat; tentang perjalanan kami di kala pelajar asrama tiada nanti.

Encik Samat berkata, " Henset saya bagi bawak, tapi 2 orang je untuk jadi wakil ok? dua orang lelaki dan dua orang perempuan" ,

kami tersipu-sipu mengatakan , "Okeyh, Setuju!"..
tangan masing-masing menyeluk ke dalam poket, memegang henset yang dibawa..

ironik, bukan?

perjumpaan kedua kami pula bersama-sama Pn Nor dan Encik Samat..

"minggu ni saya bagi kamu semua balik, sebab nak bagi parent kamu tahu bagaimana susahnya nak jaga orang yang ambil periksa," kataa Pn Nor.
"saya nak nanti bia mak kamu bancuhkan air, nanti bunyi sudu kena cawan tu la yang akan wat kamu ingat sambil menangis, ting ting ting!"

setelah disuntik semangat oleh Pn Nor, kami meneruskan perjuangan kami seperti biasa.

kami juga menerima kunjungan oleh Cik Ani dan Kak Cik.

Hari-hari peperiksaan berlalu seperti biasa..

beberapa aktiviti-aktiviti paranormal boleh dilihat ketika ini;
antranya ialah seperti kelibat seseorang memanjat tangki, beberapa makhluk kelihatan meniti di atas koridor dan beberapa aktiviti primitif yang lain seperti memburu di dorm terbiar..

antara hasil-hasil buruan dorm yang berja diperolehi adalah seperti ;
-kuih raya
-kordial
-air 100 plus
-biskut
-komik
-kad pokemon

kemudian setelah aktiviti itu diketahui; maka Encik Samat telah mengarahkan dorm-dorm tersebut dikunci..

Outing juga telah diadakan dengan acara melawat ke Greenwood membeli barang-barang borong dan lawatan ke rumah encik azeli; salji tapi best!

minggu-minggu terakhir juga heboh dengan kumpulan musik baru iaitu "Les Perfek", tetapi tidak berjaya mendapat sambutan dan diarahkan untuk dibubarkan oleh warden Aspuri. kemudian aktiviti diteruskan dengan memasang khemah ala-ala camping gitu.

kemudian radikalisasi diteruskan dengan unggun api menggunakan kasut sebagai asas bahan bakar; kemudian diadakan tarian etnik sambil jeritan dan lolongan misteri yang dipercayai dari kaum primitif satu ketika dahulu.

kemudian tibalah hari yang tidak disangka..

disaat calon-calon SPM sibuk bermain ping pong, tidor, bermesej, dan menelaah;
Pn Nor tiba membawa rotan.

"siapa yang pasang khemah???!!"

"siapa yang meniti kat koridor??"

paham-paham sendirilah apa yang berlaku seterusnya.

esoknya pula;
disaat aku sedang tido dengan nyenyaknye (sebab aku xde paper arinih)

aku dikejutkan oleh seseorang,"hood, bangun! cikgu samat nak jumpe ktorang sumer!" aduyai..

maka tanpa mandi, dan berbekalkan pencuci muka dan air di rambut; kami turun dengan gayanye ke sekolah.

encik samat memulakan ayatnye dengan berkate,

"Pertama Kalinye saya nak kata yang batch kamu ni memang teruk; suka take advantage."

"saya dah bagi kamu kemudahan; kamu suka ambil kesempatan, sape yang fly pegi beli nasik lemak? mesti ade kepala kat sini?"

"siapa yang pasang khemah tuh? nak tunjuk yang korang ni hebat ke?"

"lagi yang meniti tuh; kalo mampos xpe gak, ni nanti cedera, nak nyusahkan cikgu plak"

"yang berkompang; x pikir ke orang nak tido?"

"dah dah..saya nak esok juge (27hb) sume orang balik, saya nak asrama nih kosong! yang mana ade paper tuh, pepandai la idop, menumpang ke, saya xnak ade orang da lepas nih duduk kat asrama dan saya rase kamu akan jadi penyebab form 5 seterusnya x dapat stay di asrama"

"bersurai"

....rasa-rasanya kamu semua pahamkan ape yang berlaku sebenarnye?

END-














ALTERNATE ENDING.
...
..

27hb November -Waktu Kami Kena Balik.

pukul 6:20 pagi; keihatan 4 orang pelajar aspura fly ke mcD untuk membeli breakfast. pahlawan-pahlawan ini sanggup meredah lecak dan anjing beserta orang pakistan untuk membeli sausage mcmuffin. kakak cashier tu lawa gak.
sampai skarang aku angau. .

ending kami begini;
ANDA BAGAIMANA?

----------------
Listening to: The Bravery - Time Wont Let Me Go
via FoxyTunes

1 comment:

Hanees Hanafi said...

nasib baik aku dah halau diri aku sendiri sebelum dihalau oleh beliau, en samat.
hahaha......
my life at home much better than stay in hostel with the damn awful vioces of the weird warden...
hahah:)
follow my blog ae??/