Tuesday, December 21, 2010
Kursus Kejurulatihan Taekwondo-Poomsae
dan aku juga merancang untuk pergi ke State Referee Course, kononnya nak tambah pendapatan, hahaha. kelas pun 1 pun aku dah tak larat, ni nak jadi referee pulak tapi, tak pa la, berguna di masa hadapan nanti. dan juga Kursus Kejurulatihan Taekwondo yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara tapi umur 21 tahun baru boleh pergi...
Ermm...apa itu Poomsae? kalau nak tahu apa itu Poomsae, silakan Google di internet, banyak guna internet. aku letakkan satu gambar berkenaan dengan Poomsae dekat sini...
Friday, November 26, 2010
What was that, abang?
Saturday, November 13, 2010
AM STILL KICKIN' THE DUST!
Tuesday, November 9, 2010
Tutupnya sebuah kalam yang lama, termeterai kalam yang baru.
Nampaknya, penghujung semester telah pun tiba, dengan amannya. ini menandakan berakhirnya penderitaan yang di tanggung oleh sekalian pelajar di universiti. Assignment telah di hantar, kehadiran telah di ambil, peperiksaan telah di duduki dan segala macam jenis quiz telah pun di jawab. sesungguhnya, ketika mendengar perkataan CUTI, pelajar semua akan berasa gembira kerana, telah sampai pulang ke tanah lahir yang tercinta, duduk rumah goyang kaki, korek hidung dan menghabiskan beras.
dengan ini tertutupnya kalam yang lama dan akan terbuka kembali kalam yang baru. oleh kerana cuti, aku dengan bangganya merancang untuk menjejakkan kaki ke Singapura or Singapore dalam bahasa Inggerisnya (lebih kurang je, heh). Singapore merupakan negara pulau yang paling maju dalam Asia Tenggara dan di kenali sebagai Third World Country with First World Economy. Pembangunan yang pesat telah menduduki Singapura ini.
Contohnya;
Saturday, October 23, 2010
Pertemuan seorang Hamba Allah dengan Ustaz yang hebat ilmunya
Thursday, August 19, 2010
This Thing Called L.I.F.E
barangkali semua sudah tahu apa sudah terjadi kepada politik di negara kita ini,NegaraKu, Malaysia. Seperti yang kita tahu, baru baru ini kita dikejutkan dengan sebuah berita tentang 'Perlembagaan Baru' untuk menggantikan 'Perlembagaan Persekutuan'. bak kata Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, katanya dia mengetahui siapa dalangnya yang mengetuai pembikinan 'Perlembagaan Baru' ini. tetapi pada sudut pandangan saya yang lain, benda ini hanyalah gimik politik dan mungkin sesuatu benda yang serius tetapi kita tak boleh terima bulat bulat apa yang ditulis, kita harus mencari yang HAK. aku tidak mahu berceloteh panjang tentang politik dalam blog ini kerana aku lebih suka cara FACE to FACE untuk kita berdiskusi tentang politik,bukan berdebat tentangnya.
yang terakhir, Hak MELAYU dan ISLAM haruslah dipelihara kerana tanpanya, tidak hidup WARGA MELAYU di tanah Malaysia ini. pada aku, kedua parti yang berlainan ideologi ini, telah tiba masanya untuk berpadu tenaga membentuk Kerajaan Perpaduan yang merangkumi MELAYU dan ISLAM dan harus ingat bahawa MELAYU ITU ISLAM, ISLAM ITU MELAYU! tidak boleh dipisahkan lagi terma. cukup sudah kalam usang ini di coret,jika ada apa apa yang mahu dibincangkan lagi, boleh la drop by dekat comment box saya,
Terima Kasih.
Friday, July 30, 2010
IIUM Gombak punya cerita!
secondly, tetiba aku tersangkut dengan teater kat IIUM, hahaha, baru masuk dah dapat berlakon teater. berbekalkan pengalaman aku berlakon drama dekat sekolah selama setahun, harap harap dapat lah aku menjayakan watak aku dengan berkesan sekali, dah lah kena bawak watak Bapak, mak aih, kena bagi advice kat anak anak dia, HAHAHA
for the record, ini adalah past event yang aku masuk, saje je nak letak kat sini, hehehe
16th IIUM Open Taekwondo Championship - Bronze (Sparring)
2nd UMS Taekwondo Open Sabah - Silver (Sparring)
2nd INTECH Invitational Taekwondo Tournament - Silver (Sparring)
MASUM Games 2010 Phase 2 - Bronze (Poomsae)
2nd USM-Kelantan Taekwondo Open - Silver (Sparring)
Upcoming Event:
Selection Malaysia (think of it, maybe go or not)
Gewinn Tournament (ongoing, next week)
and coming soon tournament will be post
Saturday, July 10, 2010
Laptop Promotion
Monday, June 28, 2010
Hassan Sani a.k.a Lipas Kudung
Sunday, May 30, 2010
MASUM ends well...
IIUM brought back 2 Gold and 6 Bronze...
that's it, thank you.
Tuesday, May 18, 2010
Menonggeng!us
Monday, May 10, 2010
Ip Man 2
dalam Ip Man 2 ini, ia mengisahkan tentang perpindahan Ip Man dan keluarga di Hong Kong. ketika beliau di Hong Kong, dia terpaksa survive dengan menubuhkan Martial Art Club dengan tujuan mengembangkan Kung Fu Wing Chun dan mencari pendapatan. tetapi dia mempunyai masalah kerana ketika itu British Occupation pula melanda selepas Jepun.
aku malas nak cerita panjang panjang, kat sini aku bagi link, www.ipman2-movie.com dan di sini korang boleh tahu latar belakang cerita ini, siap dengan trailer and cast plus wallpaper download
last but not least, korang pergilah tengok movie ini kat panggung wayang terdekat dan tak rugi habis sikit duit itu, worth watching, even Hudzaifah pemilik blog twistedrelevations.blogspot.com mula mula tak nak tengok movie ini, at last dia bagi rate 15 bintang untuk movie,so takkan tak nak tengok? depends on you now, ok mate, got to go,salam!
Monday, April 26, 2010
Band Metal-Kalmah
so,tak payah la aku sebut nama band ini, kat atas dah tulis. band ini nama dia KALMAH and berasal dari Oulo, Finland. maksud KALMAH ini ialah 'to the grave' atau 'to the death'. dalam bahasa Melayunya, ke kubur atau ke mati, macam itu kot bunyi dia? so, band ini member aku yang kenalkan, nama dia Hudzaifah, korang boleh tengok kat followers aku, walaupun aku sedar followers aku tak ramai sangat sebab aku selalu tulis merepek je dalam blog ni,hahaha
aku tak nak cerita panjang pasal band ini, better korang bukak kat youtube dan dengar sendiri and trust me, aku dengar sekali pun dah menambat hati aku. see you again! :D
Wednesday, April 21, 2010
Cawan Nampak Penuh Tapi...
Fallacies of Relevance
1. Personal Attack (Ad Hominem)
This fallacy occurs when a claim or argumentist rejected by attacking the person character or attitude rather than the person's claim or argument. Most personal attacks follow the pattern:
1. X is a bad person.
2. Therefore X's argument must be bad.
dalam bahasa Melayunya, seseorang itu tidak menyerang pendapatnya tetapi menyerang karakter dan sikap orang itu.
contohnya; 1. A itu jahat
2. Maka pendapat A itu mestilah teruk
setakat faham kan apa yang diperkatakan? ok, faham bagos!
2. Attacking the Motive
This fallacy occurs when an arguer Criticizes a person's motivation for offering a particular argument or claim, rather than examining the worth of the argument or claim itself. Attacking the Motive follows the pattern:
1. X is biased or has questionable motives.
2. X's argument or claim should be rejected.
maksudnya, bila X itu berat sebelah dan menimbulkan persoalan motif maka hujah X harus tidak diterima. simple as this;
1. X itu berat sebelah dan menimbulkan persoalan motif
2. maka, hujah X harus tidak diterima.
3. Look Who's Talking (Tu Quoque)
When an arguer rejects another person's argument or claim because that person fails to practice what he or she preaches. Tu Quoque follows the pattern:
1. X fails to follow his or her own advice.
2. Therefore, X's claim or argument should be rejected.
maksudnya, mempersoalkan kredibiliti seseorang itu kerana dia hipokrit. contohnya;
Dr. Abu: Ali, awak kena berhenti merokok...
Ali: Cakap tak serupa bikin! Doktor berhenti baru saya berhenti...
setakat ini faham penjelasan dalam bahasa Melayu? faham, ok.
ok, selesai sudah part 1, akan ada lagi Fallacies yang mendatang, see you again!
Friday, April 2, 2010
6th UMS Taekwondo Open Sabah
okay next,time to depart! of course aku excited gila sebab 1st time naik kapal terbang. seumur hidup aku tak pernah naik and this is the first time ever. alhamdulillah kami selamat sampai di KKIA or Kota Kinabalu International Airport di Terminal 2. Setelah menjejakkan kaki di bumi Sabah,kami telah disambut oleh Pegawai Sukan kami iaitu, Kak Shuzana dan Bro Jerry Abdullah dari agen travel kami. kami ditempatkan di Lavender Lodge sekitar Bandar Kota Kinabalu selama 5 hari. sesudah sampai,kami pun merehatkan badan kami dan menikmati makan malam di sekitar bandar itu.
keesokkan harinya,tibalah saat kemuncak iaitu timbang berat atau bahasa yang senang weight in. masa check, semua berat berat belaka sampai ada yang kena turun dan ada jugak yang tak cukup berat sampai kena tambah berat,hahaha. selesai weight in,kami lunch di UMS Kampung E. untuk pengetahuan semua,di UMS tidak digunakan istilah KULLIYAH dan KOLEJ tetapi ditukar kepada SEKOLAH dan KAMPUNG. bila aku tengok kat signboard,nak tergelak pun ada tapi nak buat macam mana,dah itu mereka guna, tak boleh la nak tukar. selepas lunch, team UIA lelaki ada plan lain yang hebat. ketika menunggu team UIA perempuan bersolat, kami melakukan photoshoot di sekitar Kantin UMS itu dan pemandangan di situ sungguh cantik. bermacam macam gaya yang dipamerkan ketika photoshoot itu,contohnya backflip, jumping sidekick, turning kick 180 degrees wide and many more.
ok next,malas nak cerita panjang panjang,sampai subuh hari ke 5 pun tak akan habis. kejohanan bermula pada hari sabtu dimulai dengan kategori FIN,FLY,WELTER,MIDDLE and FEATHER. selebihnya pada hari ahad. Alhamdulillah, UIA membawa pulang 3 Emas, 2 Perak dan 3 Gangsa sekaligus melayakkan kami menjadi 2nd Overall dalam kejohanan itu. wang kemenangan yang diperolehi ialah sebanyak RM500 tetapi 7 jam berikutnya,dihabiskan untuk meraikan kemenangan kami pada hari itu.
telah sampai hari terakhir kami di Sabah. pada pagi itu, kami plan ke Pasar Filipina untuk membeli sedikit cenderahati untuk Semenanjung dan sesudah beli,kami pun berlepas ke KKIA untuk kembali ke Semenanjung. Alhamdulillah selamat sampai Semenanjung. pengalaman yang dialami memang indah bersama mereka ini. ehem ehem,masa kat Sabah, aku ada skandal, hehehe,jangan marah......
Wednesday, February 24, 2010
Khalifah Merdeka
Kita khalifah
Kita merdeka
Laungkan bersama
“kita merdeka”
Fikirkan apa kita lakukan
Telah sujud para malaikat
Kita junjung sabda RASULULLAH
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ
فَإنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَالِكَ أَضْعَفُ الإِيْمَان
(Hadis Bukhari: 2264)
اُنْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا
قَالُوا يَا رَسُولَ الله هذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا
قَالَ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ
KHALIFAH! KHALIFAH! LAUNGKAN MERDEKA!
KHALIFAH! KHALIFAH! LAUNGKAN MERDEKA
Kecutian melanda...
oh yeah,periksa sudah habis, fokus untuk benda yang tertentu je iaitu, Taekwondo and kerja. ya, itu lah yg dilakukan ketika cuti ini, menghabiskan masa dengan 2 benda itu saja. by the way, 2 hari lepas ayah aku kenalkan 1 benda yang intresting, mula mula aku tak nak main benda tu, but last last dia pandai pujuk, aku pun masuk la.
Nak taw apa benda tu? Forex trading! damn, benda ni profit, memang betul betul profit. aku dan ayah aku test main and tips dia tak boleh main selalu, nanti jadi ta'asub dan addict. so, sekarang tengah practice and tunggu nak masuk duit. semua benda ni akan di monitor oleh ayah aku sebab dia seorang broker, trader and bank officer sebelum ni and i put my trust on him, oh yeah! he is the best in this field!
hurm,ada lagi 1 perkara,nak introduce kat korg satu band dan artist ni,
band ni nama dia Al Gebra bawah kelolaan Xifu Naser dan Dr.MAZA (Mohd Asri Zainal Abidin) and Muadz dibawah kelolaan yang sama. FYI, Xifu Naser terkenal sebagai komposer lagu lagu hadith dan semua lagunya berunsurkan hadith dari Sahih Bukhari, Tirmdhi dan Abu Daud. lagu lagu ini memberikan 1 ketenangan kepada ku dan kelebihan lagu lagu ini ialah, ia berdasarkan hadith dan secara tak langsung, akan terhafal sendiri hadith yang berada dalam lagu ini. alhamdulillah, ketika mendengar lagu ini, ada sesetengah hadith telah dihafal dan yang menariknya band dan artis ini, mereka menggunakan pendekatan muzik yang berlainan.
selalunya kita mendengar pendekatan yang biasa digunakan iaitu, gendang, muzik yang biasa kita dengar bila dengar nasyid. tetapi ternyata genre muzik yang dibawa oleh mereka ini berbeza dan menggunakan elemen rock, tradisional dan yang unbelievable, ada jugak elemen hip hop dan rap dalam album ni. ini mmg satu kejutan dalam dunia nasyeed dan aku berharap bahawa mereka ini terus kukuh dalam arena nasyeed ini, Insya'Allah
and FYI,Xifu Naser is one of my lecturer at CFSIIUM Nilai, he is my Creative and Critical Thinking lecturer and im quoting from him this word; "Disaster" hahaha. it's a pleasure to meet him, so funny yet so high in knowledge and humble also. See you agaian Xifu, when we have time and life, Insya'Allah...
Monday, January 4, 2010
Malas
bye...