Pages

Saturday, October 23, 2010

Pertemuan seorang Hamba Allah dengan Ustaz yang hebat ilmunya

Assalammualaikum semua.

Kita bertemu lagi di blog yang usang ini. untuk post kali ini, aku nak ceritakan tentang pertemuan seorang hamba Allah dengan seorang ustaz yang ternama di UIA. hendak berjumpa dengan ustaz ini bukan senang, dan hamba Allah ini rasa bertuah kerana dapat berjumpa, berkenalan dan berborak panjang hampir setiap hari membincangkan masalah ummah di zaman kontemporari ini. nama ustaz yang hebat ini ialah Ustaz Ismail Chong Abdullah atau nama asalnya, Chong Choon Chai dan semestinya,bila kita melihat namanya ini, kita tahu bahawa dia seorang muallaf Cina. Masha'Allah, aku rasa terpesona dengan cara dia menerangkan sesuatu hukum dan hubungkan dengan manusia.

dan aku jugak dapat melihat keikhlasan dia berdakwah kepada semua orang. ustaz ini ingat hadith dan ayat Qur'an. menjadi satu keistimewaan bagiku kerana dapat berjumpa dengan dia setiap hari dan aku menjadi tidak tentu arah jika terlepas tazkirah kerana dia ada caranya tersendiri dalam menegur orang dan bersahabat dengan orang itu. senang kata, dengan orang yang brutal pun dia bole join, ini dai'e yang kita mahu, memahami jiwa setiap insan dan tahu cara untuk approach. aku rasa cukuplah sampai di sini aku menulis tentang ustaz ini. kita berjumpa lagi.

Assalammualaikum.

Thursday, August 19, 2010

This Thing Called L.I.F.E

keadaan yang bosan telah mengajak aku untuk mencoret lagi di dalam blog usang ini. setelah sekian lama aku melihat, memerhati,menganalisis, barulah tergerak hati untuk mencoret suatu kalam bekenaan siyasah atau politik di blog tercinta ini.

barangkali semua sudah tahu apa sudah terjadi kepada politik di negara kita ini,NegaraKu, Malaysia. Seperti yang kita tahu, baru baru ini kita dikejutkan dengan sebuah berita tentang 'Perlembagaan Baru' untuk menggantikan 'Perlembagaan Persekutuan'. bak kata Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, katanya dia mengetahui siapa dalangnya yang mengetuai pembikinan 'Perlembagaan Baru' ini. tetapi pada sudut pandangan saya yang lain, benda ini hanyalah gimik politik dan mungkin sesuatu benda yang serius tetapi kita tak boleh terima bulat bulat apa yang ditulis, kita harus mencari yang HAK. aku tidak mahu berceloteh panjang tentang politik dalam blog ini kerana aku lebih suka cara FACE to FACE untuk kita berdiskusi tentang politik,bukan berdebat tentangnya.

yang terakhir, Hak MELAYU dan ISLAM haruslah dipelihara kerana tanpanya, tidak hidup WARGA MELAYU di tanah Malaysia ini. pada aku, kedua parti yang berlainan ideologi ini, telah tiba masanya untuk berpadu tenaga membentuk Kerajaan Perpaduan yang merangkumi MELAYU dan ISLAM dan harus ingat bahawa MELAYU ITU ISLAM, ISLAM ITU MELAYU! tidak boleh dipisahkan lagi terma. cukup sudah kalam usang ini di coret,jika ada apa apa yang mahu dibincangkan lagi, boleh la drop by dekat comment box saya,

Terima Kasih.