Pages

Thursday, August 19, 2010

This Thing Called L.I.F.E

keadaan yang bosan telah mengajak aku untuk mencoret lagi di dalam blog usang ini. setelah sekian lama aku melihat, memerhati,menganalisis, barulah tergerak hati untuk mencoret suatu kalam bekenaan siyasah atau politik di blog tercinta ini.

barangkali semua sudah tahu apa sudah terjadi kepada politik di negara kita ini,NegaraKu, Malaysia. Seperti yang kita tahu, baru baru ini kita dikejutkan dengan sebuah berita tentang 'Perlembagaan Baru' untuk menggantikan 'Perlembagaan Persekutuan'. bak kata Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, katanya dia mengetahui siapa dalangnya yang mengetuai pembikinan 'Perlembagaan Baru' ini. tetapi pada sudut pandangan saya yang lain, benda ini hanyalah gimik politik dan mungkin sesuatu benda yang serius tetapi kita tak boleh terima bulat bulat apa yang ditulis, kita harus mencari yang HAK. aku tidak mahu berceloteh panjang tentang politik dalam blog ini kerana aku lebih suka cara FACE to FACE untuk kita berdiskusi tentang politik,bukan berdebat tentangnya.

yang terakhir, Hak MELAYU dan ISLAM haruslah dipelihara kerana tanpanya, tidak hidup WARGA MELAYU di tanah Malaysia ini. pada aku, kedua parti yang berlainan ideologi ini, telah tiba masanya untuk berpadu tenaga membentuk Kerajaan Perpaduan yang merangkumi MELAYU dan ISLAM dan harus ingat bahawa MELAYU ITU ISLAM, ISLAM ITU MELAYU! tidak boleh dipisahkan lagi terma. cukup sudah kalam usang ini di coret,jika ada apa apa yang mahu dibincangkan lagi, boleh la drop by dekat comment box saya,

Terima Kasih.

Friday, July 30, 2010

IIUM Gombak punya cerita!

dah dekat sebulan aku dekat UIA Gombak, and truthfully, memang best, macam macam ada, padahal selalju aku masuk sini, patotnya aku dah muak, dah sememangnya aku dah muak. so bila masuk uia gombak ni, aku saja saja jadi bodoh dan tak tahu apa apa pasal uia, padahal petik jari semua orang aku kenal kat tapi kenalah kaver. by the way, alhamdulillah aku dapat jadi second liner untuk University Team untuk Sukan Taekwondo, syukur kepada Allah, dapat jugak la aku bawak balik pingat yang tak seberapa kepada IIUM. so nampaknya aku kena maintain performance untuk stay dalam team, and of course bila dalam team, elaun dapat, equipment dapat dan yang paling best,tak payah bayar yuran langsung! HAHAHA, for sure aku nak participate semua event dalam Malaysia.

secondly, tetiba aku tersangkut dengan teater kat IIUM, hahaha, baru masuk dah dapat berlakon teater. berbekalkan pengalaman aku berlakon drama dekat sekolah selama setahun, harap harap dapat lah aku menjayakan watak aku dengan berkesan sekali, dah lah kena bawak watak Bapak, mak aih, kena bagi advice kat anak anak dia, HAHAHA

for the record, ini adalah past event yang aku masuk, saje je nak letak kat sini, hehehe

16th IIUM Open Taekwondo Championship - Bronze (Sparring)
2nd UMS Taekwondo Open Sabah - Silver (Sparring)
2nd INTECH Invitational Taekwondo Tournament - Silver (Sparring)
MASUM Games 2010 Phase 2 - Bronze (Poomsae)
2nd USM-Kelantan Taekwondo Open - Silver (Sparring)

Upcoming Event:

Selection Malaysia (think of it, maybe go or not)
Gewinn Tournament (ongoing, next week)
and coming soon tournament will be post