Pages

Tuesday, December 21, 2010

Kursus Kejurulatihan Taekwondo-Poomsae

Semester baru dah mula, maka banyaklah kerja yang akan menimbun. untuk semester ini, aku dipilih menjadi head comm prep and tech untuk 17th IIUM Invitational Taekwondo Championship yang akan berlangsung pada 28, 29, dan 30 January 2011 bertempat di Cultural Activity Centre (CAC) IIUM Gombak. sebelum event ni start, minggu depan aku akan menghadiri Kursus Kejurulatihan Taekwondo untuk Poomsae Peringkat Universiti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). teruja jugak aku nak pergi kursus ni,dah dapat apa lagi, pergi je la, UIA bayar, kekekeke...

dan aku juga merancang untuk pergi ke State Referee Course, kononnya nak tambah pendapatan, hahaha. kelas pun 1 pun aku dah tak larat, ni nak jadi referee pulak tapi, tak pa la, berguna di masa hadapan nanti. dan juga Kursus Kejurulatihan Taekwondo yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara tapi umur 21 tahun baru boleh pergi...

Ermm...apa itu Poomsae? kalau nak tahu apa itu Poomsae, silakan Google di internet, banyak guna internet. aku letakkan satu gambar berkenaan dengan Poomsae dekat sini...

Friday, November 26, 2010

What was that, abang?

Assalammualaikum people. ha, new update again. waktu exam dah update so yang ni update lepas exam means FREEDOM lah, hehehe. Seperti biasa, bila dah cuti ni, macam macam la perkara hendak di buat contohnya outing, trip, vacation and etc. al maklumlah, cuti kan? ok, sepanjang sebulan ni aku tak buat apa apa, hanya besarkan perut dan habiskan beras kat rumah tapi alhamdulillah, ada la dapat sikit habuan walaupun cuti. seperti yang aku ceritakan pada post yang lepas, yang pasal trip ke Singapore tu, minggu depan yakni hari khamis malam jumaat kami akan bertolak, doakan keselamatan aku ketika perjalanan itu, jadi risau sebab kemalangan bas makin menjadi jadi. cukuplah pasal trip, aku nak beralih pada perkara lain pula

Ok, pada tanggal 26 November 2010, selepas solat Jummat di IIUM, aku dan rakan baikku, Hudzaifah Azman a.k.a twistedrelevations.blogspot.com owner telah merancang untuk menonton Harry Potter and The Deathly Hallows dan perancangan itu berjalan lancar. kalau nak tengok cerita ni, kena tengok from Sorcerer's Stone, baru faham jalan cerita, kalau tak membazir je duit korang. Selepas habis menonton wayang, kami pun berjalan di sekitar Wangsa Walk Mall tu dan aku dan Hudzaifah pergi ke tandas. this is the peak point bila aku keluar dari tandas, aku nampak seorang perempuan memakai skirt labuh tetapi kainnya yang bawah sekali tu terselit kat celah seluar dalamnya dan menyebabkan hampir ternampak seluar dalamnya. Aku dan Hudzaifah hanya mampu tahan gelak dan demi menjaga maruah perempuan tersebut, maka aku mengambil keputusan untuk menegur perempuan itu, dialognya macam ni:

"Sister, skirt you terselak"
"Ape dia bang?!"

"Skirt you terselak"
"Hah?! Oh my god (menutup muka sambil membetulkan skirt)


Then, ada seorang guys yang berjalan dengan perempuan tu bertanya kepada aku;


"what was that, bang?"
"skirt dia terselak"

dan dia tanya lagi;


"what was that,bang?"
"skirt dia terselak"

heh. dua dua melayu tapi speaking english, dia duduk london lama sangat kot. kalau ikutkan hati, aku biarkan je, biar rezeki datang melimpah kat aku tapi tak sampai hati so aku tegurlah. bagi perempuan perempuan di luar sana, cubalah pakaian yang menutup aurat sikit, pakai skirt mungkin senang untuk kau ke tandas tapi korang tak sedar bila dia terselit atau terselak. dan aku tahu kenapa korang suka pakai skirt, sebab free air? :P. tapi itulah kenyataan. so, beringatlah dan selamat beramal. :D